SeLaMat DaTanG KePaDa PeNgUnJunG BLogS AdiAnA

kepada semua kawan-kawan selalu la uols terjah ke blogs haku yang veley-veley simple funye...

Tuesday, November 30, 2010

Saya Dalam Kerinduan (@_@)

Bertempat : Kem lembah Perkasa,Mantin n9
Bermula Dari : 24-11-2010 sehingga 3-12-2010

Masuk hari ini Haku dalam kerinduan dekat myLoVe :)..sebabnya sayangku kena pergi kursus selama 10hari..memang rasa kejap ja kan..tapi bagi haku terasa lama...almaklumla kn bru ja berkhawin..wink*wink...



Hari demi hari haku menunggu kepulangan sayangku..terasa sunyi ohhh lau sayangku tiada.
sudah la selepas akad nikah tu aku xdapat duduk bersama lagi..sayangku ja asyik ulang balik mai sini.itupon dalam satu bulan dpt balik 2minggu ja..cutinya pon hari ahad..maka kejap ja dapat bersama.hurmmmm..

Selepas khawin pon stay macam tu jgk..bergilir-gilir baliknya..kadang aku kesana,kadang sayangku kesini...kira haku dapat duduk bersama pon dalam bulan 10.akhir bulan sapoloh.itupun aku sudah behenti koje.aku kena duduk bersama sayangku..ala sekejap ja 2minggu ja pon..last2 dapat impom kena kursus lak untuk posting ke tempat yang baru..halamakssss tukar lagik....

Minggu lepas haku ke mantin n9 menghantar sayangku kursus..
punyala cari tempat tu mau sosah nak jumpa.tapi ;last jumpa jugak akhirnya.
selesai sayangku daftar kan diri haku pon mau bergerak pulang..opsss bukan haku balik kedah na..tapi haku balik disubang nun..umah mak sedara haku..lagipon kami pln mau pergi jejalan makan makan hangin smpai kembung perut.hahahha!!!...

Tuesday, November 23, 2010

BERKAMPUNG @ SG.GARAM

Hari raya ke-3 mentua & abah mentua haku ajak kitarang ke umah TOK PIAH sebeklah abah nun di kampung segangtam garam di bidong kedah..

Kami pergi menaiki sebuah van yang dipandu oleh driver berpengalaman iaitu ABAH MENTUA haku..hahahah...Dalam masa ondaway nak ke umah tok piah tu ada sesuatu x di jangka berlaku kat kami semua di pertengahan jalan menuju ke bidong nun...

Van yang dipandu tetiba buat hal...xmo nak bergerak..bila dimasukkan gear jalan van itu tetap berkeras xmo gerak jugk..aishhhh naik wisau kami semua ...semua muka dh naik mucung..mau tidaknya dah la dalam kepanasan behenti ditepi jalan nun..hayoyoyo....sabr jerla...

Alhamdulilah dalam duk repair tu mau jugak van tu bergerak balik...nsaib tu.lau tak cancel la ke bidong nun..sampai saja di sg.garam dh dekat jam 5...tuan empunya rumah(tok piah)tiada..dengar mereka bagitau yang dia pegi mengaji al-quran & tajwib disurau yang berdekatan...

Disana haku ajak myHUBBY bawa haku jejalan dichalet yg terletak tidak jauh dengan umha tok piah...haku angkut kesemua budak2 tu...mereka nak sangat ikut..mulanya haku nak p dgn HUBBY haku ja..boleh la nak dating-dating dotepian pantai nun..sekali tu berubah..ada je yang nk mengacau..abaikannnn yg penting semua HAPPY kan kan :)


ondaway ke chalet...sonok bebudak ni


pasaangan yang bahagia :)
bila la nak dapat permata hati yer babah?...




bersama dengan tok mentua haku a.k.a tok piah

okeh uols haku nak smabung buat koje yang tertanguh kejap...
dadadadad byeeee

Monday, November 22, 2010

BBQ DIHARI RAYA HAJI YG KE-2

Salam semua to rakan-rakan bloger sekelian...

Maaf andai diri ini sudah lama tak mengupdate cerita ceriti disini...hohoho (^_^) bukan apa tiada masa nak ngadap PC ne..bizy memanjang

Okeh meh dekat dekat cek nak habaq ne...Hari tu umat islam ada menyambut hari raya aidiladha@raya haji(tumpang orng p haji),,nge~~~~....
jadi tahun ni haku beraya di umah mentua haku @ mak yah haku pangey hehehe nama manja tu..hahahha
so haku malam raya tu sibuk la buat ketupat,rendang & laksa(haku bikin)..sedap yooo..urmmm...
dipagi raya petama pulak lepas selesai solat raya berkumpul la beramai-ramai sedara sebelah HUBBY haku tu..ramai yang balik pakcik+makcik & anak2,,pakjang+jang milah & anak2nya...ishhh kira ramai & seronok betul....yang lucunya sebelum tu kami ada palan nak buat BBQ SATAY dihari raya ke-2..last2 mereka balik harai raya petama..

Raya ke-2 haku ondaway dengan myHUBBY balik ke umah mentua haku dengan membawa 500 cucuk satay untuk santapan dengan adik badik sekalian..sampai diumaah mentua dh jam 4lebey xsilap haku..yang balik pulak hari raya ke2 tu pakcik & anak2 dia saja..kebetulan pakcik nak buat cukur rambut anak dia yang baru lahir....sekali boleh nikmati satay yang panas-panas....

so jum kita layan pictre yang disnap oleh juruphoto haku Haidir & Mat Alimin(dik amin)...zasssssssssssss


wajah HAWA QISTINA BINTI ANUAR


pictre haku sedang membakar satay


bersama dengan adik yani

Mode : okeh itu saja dahulu pictre yg cikit untk tatapan korang...silah layannnn...fuhhh

Wednesday, October 20, 2010

http://justkhai.com/blog/hancurnya-sebuah-kebahagiaan-kerana-facebook

Sekarang ni semua orang pun ada Facebook. Yang muda, yang tua, yang budak-budak dan yang dah berumur bagai telur dihujung tanduk pun, tak lepas peluang untuk merasai kenikmatan ber’facebook. Well, itu hak sesiapa sahaja dan langsung tiada masalah langsung pada sesiapa sahaja. Cuma yang jadi masalah, bila ramai yang bercerai-berai dek kerana Facebook. Tu belum story kes baru-baru ni bila budak kene belasah kawan-kawan kerana dituduh memecah masuk akaun Facebook kawan dia. Macam haram je perangai. hahahaha.

So ambil sedikit masa korang untuk baca bingkisan di bawah. Tinggi pengisian dia memberi kita kesedaran mengenai bahana Facebook dan sejauh mana boleh dan tidak boleh pabila kita menggunakan Facebook.

“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”

Kontroversi bukan?

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu.

“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”

Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.

Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?

“Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.

Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.

Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

Beringatlah!

Itu baru soal status. Belum story pasal gambar dan segala detail yang lain. Ingat lagi tak kes perempuan kena bunuh sebab dia tulis address penuh kat Profile? Bila ada lelaki ni ajak jumpa tapi dia taknak. At last, lelaki tu sendiri pergi rumah dia, rogol se’das dua then bunuh. Tak ke mati sia-sia dek kerana Facebook tu.

Gambar pulak, kalau boleh satu dunia korang nak kasi tunjuk. Kononnya koranglah paling bahagia dengan kekasih, dengan suami dan sebagainya. Bukan tak boleh upload. Upload sikit sikit sudah. Ini satu album sampai 200 gambar korang main peluk-peluk dan romen-romen. Ape kejadahnya? Nak tunjuk dekat siapa? Nak bangga dengan siapa?

Korang nak marah kekasih dan suami/isteri pun, takkan dekat Facebook? Hal rumahtangga pun nak canang satu dunia ke? Nak suruh kawan-kawan baca? Tak tahu malu betul orang-orang kita zaman sekarang ni ye?


* klik gambar untuk saiz sebenar.

Tak kurang juga status lonely dan kegersangan, habis satu dunia korang nak cerita yang lesbian ajak korang main. chet!

gersang2
* klik gambar untuk saiz sebenar {respon di fanpage ohmedia}

So itu sahajalah. Kalau kita bahagia dan rasa ingin berkongsi di Facebook, kita kena ingat mungkin hanya 40% sahaja di Facebook itu yang tersenyum melihat kebahagian kita. Lagi 60% mungkin akan timbul hasad dengki sebab si pendengki ni loser dan tak pernah merasa kebahagiaan yang kita kecapi. So sentiasa kena beringat. Harga sebuah kebahagiaan tu tak terletak di Facebook. Cukuplah kita dan pasangan yang merasai’nya. Jangan jadikan Facebook tempat melempiaskan kesakitan dan kesengsaraan korang. Nak berkongsi, cari sahabat baik dan cerita 4 mata. Di Facebook tu, lagi ramai yang mengapi-api’kan berbanding yang menasihati.

Khai tulis ni pun lebih kepada berpesan pada diri Khai sendiri. Untuk itu, sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal. Ingat, orang yang bijak mengambil peluang, akan menggunakan Facebook lebih kepada marketing atau mencari sahabat-sahabat lama. Yang kurang bijak akan mengambil risiko mencari sahabat & kekasih baru. Tersilap langkah, tergadai diri. Teehee!

+ Respon entri ini di Fan Page Oh! Media Network.

Psttt: Lagi satu korang kena ingat, even korang private’kan album atau gambar pun, memang orang tak boleh masuk. Tapi gambar korang tu still dapat di’lihat pada bila-bila masa sahaja oleh “orang-orang” Facebook. So siapa yang bebal sangat pergi upload gambar seksi-seksi dan bogel segala tu, pergila buang balik. Jangan nanti gambar dah tersebar sampai orang gelar “ratu porn”, baru nak menangis tak berlagu. Betul tak?

RENUNG-RENUNGKANLAH SEMUA,,,TERMASUK HAKU :D.....

Monday, September 27, 2010

Dilanda Chicken Pop Pop....

Pertama kali haku dilanda deman campak...sebelum sebelum ni x penah lagi.inilah kali pertama haku kena demam nie

Demam campak yang haku kena ni bijinya x besaq-besaq sangat, cuma yang jenih kecik-kecik...tun pon mak aiiii miang & gatai-gatai badan...dah la hubby aku duk jauh dgn haku nak mintk tlg dia hurmmm hanya sms@call saja yg haku dpt...ekekkke...tp xpa mujuq lah demam haku ne xlah seteruk sgt..bole dikatakn pada peringkat OK lagik..hahahaha Bolah kah begitu???....

Haku ada tanya sama hubby aku.cemana lau jadi demam ni,hubby haku cakap pegi la klinik jumpa dengan doktor..Tp kawan-kawan haku cakap jangan p klinik kang nnt Dr injet lagi bahaya wooo...terus haku x jadi p...last hubby haku cakap pakcik kt tempat kerja dia cakap minum air nyok(kelapa)..

Petang semalam balik koje terus p cari buah nyok yang muda..nak minum airnya untuk bagi lega demam campak nie..& sekali dengan isi-isi buah haku ngap!!!..hahahah kelakar...

Demam nie x boleh kena hujan,makan kicap & macam-macam lagiklah pantang larangnya..
dahla bulan nie dilanda hujan sungguh..nak tak nak haku pegi koje naik kereta la..takut kena hujan haku nnt x pasai-pasai berparut lak..hohohooh mintak jauhkanlah yer...

Tetiba terus teringat sangat-sangat dengan HUBBY a.k.a ABAH :)
Windu muah muah muah!!!!!!!!


loveing u so much abah sayang...

Wednesday, September 1, 2010

Lebaran & majlis perkhawinan Tahun Nie Tanpa Beliau Sob3x!!! (@_@)

Salam semua…Maaf ya kepada kawan2 bolgger lama benar aku x hufdate blog..kesibukkan melanda diri haku dikala ini…ngeh4x…
Ok aku nak kongsikan sikit entry kali nie..yerla x lama lagi lebaran bakal menjelma..yeyeyeye..semua orang diluar sana sedang sibuk membuat persiapan raya & termasuk lah haku..ya ka ANA???...hahahha
Tapi lebaran kali ini cukup sayu bagi kami sekeluarga termasuk tok aku..Beliau menyambut lebaran tanpa suami tersayang.huhuhu sadis-sadis!!!!!!!!!!!!!!!...woooooooooo..sob.sob#x….

Raya & kenduri khawin aku xlma lagik..aku sayu hati sebab aku terlalu rindukan tokwan aku yg telah kembali ke rahmatullah bulan januari thn nie…:/….Dah la semua sibuk nak raya..mana dengan haku pula sibuk nak kenduri khawin aku..hohoho..memang sibuk sekarang nie…Raya aku x pk sangat lam kepala otak aku..yg aku pk majlis perkhawinan haruslah berjalan dgn lancer nnti….nntikan yer 14.9.10…

Haisshhh melalut lain fuloks dh..hahahah…bebalik pada arwah tadi..yerla tok aku pertama kali akan smbut lebaran dgn anak-anak beliau saja tahu nie..insyaallah anak-anak beliau akan beraya di kampong thn nie..haku sungguh sebak bila dengar lagu raya..tiap-tiap tahun beraya arwah tokwan akan kasi duit raya manyak2..aku jer tau..hahahha…arwah cukup sporting dgn anak-anak & cucu beliau…yaallah makin dekat nak sambut raya makin sayu hati aku teringat senyuman arwah..huwawawwawa….windu tokwan!!!!!!!....

Arwah x sempat nak tenguk cucunya melangsungkan perkhawinan dgn jejaka pilihan beliau Mr.adilas a.k.a suami tercinta dh skang neh..dulu aku tunang arwah wan masih ada tapi sudah sakit tenat…tapi apakan daya allah telah sayangkan beliau dahulu..
Aku terlalu rindukan arwah..pernah sekali hari itu sebelum aku di ijabkabul dgn Mr.adilas…aku termimpikan arwah..arwah dating dalam mimpi tu & arwah bagitau semoga jodh berpanjangan & menjadi isteri yg solehah…mimpi ni hanya aku ja tahu..mak/ayah & yg lelain aku x bagi tau..masa dekat nak akad nikah tu..dalam masjid aku betul nak jatuh air mata sebab terlalu ingtkan arwah..ditambah pula dengan lafas taklik oleh suami ketika itu..laju jer airmata aku time tu..xleh nk cover dh..huhuhu

Buat arwah ISMAIL BIN IBRAHIM semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…kami semua terlalu rindukan arwah…wan cek nak mintak maaf bebanyak2..walaupun wan dh xda,,tapi cek tetap sayangkan wan selamanya…tok selalu ingtkan wan…huwawawwawa!!!!!!!!11

Ok ols aku dh xleh nak taip..hanya airmata mengiringi taipan aku dikala ini
Sekian dahulu…wasalam..

Mode : Al-fatihah buat arwah tokwan

Friday, August 13, 2010

Berbuka Puasa Di Felda Lubuk Merbau......

n3 sebelum neh kn aku cakap ke peneng menemani suami tercintakan...
so semalam baru mr.adilas hantar aku pulang ke kg..ecehceh...hahah!!!!

Masa kat peneng lagik mentua aku call hubby aku tu..nak tanya pasal apa entah aku pon tak tau.heheh
lepas selesai mentua aku & hubby aku berbual ditalian,mr.adilas bagitau
" ibu kejap lagi kita berbuka puasa dilubuk"
hahhh yeker..heheh ok lau macam tu ibu suka :)

Masa Ondaway balik ke lubuk mentua call cakap kata tak payah la beli lauk pauk & kuih-muih.mak dah buat semua..aku bagitau sama mr.adilas..
mr.adilas cakap ok...Tapi aku tak seronok la..bukan apa ini kali pertama mau berbuka ramai2 di lubuk..tambah2 aku pertama kali pula tu..hehheh

last aku mintak mr.adilas singgah kejap kat bazar ramadhan GURUN..nge~~
Plan mau beli jugak lauk pauk & kuih-muih tu
jalan2 punya jalan mr.adilas mintak aku belikan cikit aja kuih & lauk
ermm terpaksa la akur..huuhuhhu
semalam aku beli ayam golek 1 ekor..kuih campur-campur cikit lah..heheh itu jerk

Sampai lubuk pon dah jam 7.25...mentua pon tanya kenapa lambat sgt sampai..mr.adilas cakap jalan jem..haku hanya mampu tersenyum aja.:).hehehe
time berbuka tu semua ada di lubuk..best sesangat lah..
selesai semua after solat magrib aku dgn semua duduk berehat di ruangtamu..fuhhh kenyang perut..dah la mentua masak banyak sungguh lauk pauk...semuanya sedap-sedap belaka...haku siap tamabh lagik yoo..hahahah..(kna cntol mkn lorr)...

Jam tepat 10.00 malam mr.adilas ajak aku balik umah aku lah di bkt triak nun..
sebb esoknya mr.adilas kna balik kojer dipeneng nun..x ke letih dia nnti..sian jugk haku..last haku yg drvie..bagi mr.adilas lelapkan mata sekejap
sampai umah haku pon dh jam 11..

mode : seronok dpt berbuka puasa bersama2 famly lubuk :)